Friday October 13, 2017
1:53 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Bekas pemimpin politik, sasterawan dan penulis Kassim Ahmad meninggal dunia pada ussia 84 tahun. — Foto oleh Zurairi ARBekas pemimpin politik, sasterawan dan penulis Kassim Ahmad meninggal dunia pada ussia 84 tahun. — Foto oleh Zurairi ARKUALA LUMPUR, 13 Okt — Mufti Perlis memuji sikap anggota PAS yang membantu urusan pengebumian penulis kontroversi Kassim Ahmad baru-baru ini.

“Jika benar seperti yang parti itu sebarkan. Ia satu tindakan terhormat,” kata Datuk Mohd Asri Zainul Abidin di Facebooknya malam tadi.

Diserta dua keping foto beberapa lelaki berbaju hijau di kubur, beliau juga memuji mufti Kedah yang dianggap “menyelesaikan masalah”.

“Kepujian utama patut diberikan sahibus samahah Datuk mufti Negeri Kedah. Pandangan dan keputusan beliau yang menyelesaikan masalah,” kata Mohd Asri.

Kassim, yang menggegarkan negara melalui bukunya Hadis: Satu Penilaian Semula, sering dianggap menolak hadis, sumber rujukan utama selepas al-Quran.

Buku itu, yang dianggap menyesatkan, diharamkan tidak lama selepas diterbitkan pada pertengahan 1980-an. Beliau juga dikaitkan dengan Jemaah al-Quran.

Namun, sasterawan dan sarjana itu menafikan beliau menolak semua hadis. Kassim meninggal dunia Selasa lalu pada usia 84 tahun.

Kassim juga menghasilkan Perwatakan dalam Hikayat Hang Tuah pada 1973, Universiti Kedua (1983) dan Hadis: Jawapan Kepada Pengkritik (1992).

Puisinya Sidang Roh yang dicipta pada 1960 masih diminati ramai hingga kini.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline