Tuesday July 18, 2017
7:59 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Seorang lelaki dipercayai memuat naik gambar dan kenyataan tidak wajar terhadap Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan Institusi Diraja Johor ditahan di Shah Alam.—Foto ihsan Facebook/Johor Southern TigersSeorang lelaki dipercayai memuat naik gambar dan kenyataan tidak wajar terhadap Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan Institusi Diraja Johor ditahan di Shah Alam.—Foto ihsan Facebook/Johor Southern TigersJOHOR BAHRU, 18 Julai—Seorang lelaki yang dipercayai memuat naik gambar dan kenyataan tidak wajar terhadap Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan Institusi Diraja Johor ditahan di Shah Alam, Selangor, petang semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki itu yang dipercayai berbuat demikian menerusi aplikasi Instagram, ditahan pada pukul 7.00 malam semalam oleh Polis Kontinjen Johor.

Menurut beliau tindakan itu diambil susulan pihaknya menerima laporan mengenai perkara itu semalam dan  satu kertas siasatan telah dibuka bagi mengesan lelaki berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan sekiranya disabitkan dengan kesalahan di bawah seksyen ini, boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan,” katanya dalam satu kenyataan di sini lewat malam tadi.

Justeru itu, Wan Ahmad Najmuddin menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati dalam membuat  komen atau mengeluarkan sebarang kenyataan atau gambar agar ia tidak menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menyentuh sensitiviti mana-mana pihak serta tidak memulakan sesuatu komunikasi yang tidak wajar.

Beliau berkata polis tidak akan berkompromi sama sekali kepada mana-mana individu yang menyalahgunakan media sosial atas tujuan itu. — Bernama

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline