Wednesday February 14, 2018
5:03 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Rangka, dipercayai lelaki, yang ditemukan dengan baju T biru dan kopiah putih dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu untuk siasatan. — Paparan skrin GoogleRangka, dipercayai lelaki, yang ditemukan dengan baju T biru dan kopiah putih dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu untuk siasatan. — Paparan skrin GoogleKUALA TERENGGANU, 14 Feb — Seorang bapa disyaki mencabul bayi perempuannya berusia 12 bulan sejak November lalu.

Ibu mangsa mengesyaki suatu apabila dia menemui kesan merah pada kemaluan bayi ketika menukar lampin pada Isnin lalu, lapor Sinar Harian.

“Selain itu, ibu mangsa merasa curiga selepas bayinya sering menangis setiap kali kemaluannya dibasuh,” kata sumber kepada akhbar tersebut.

Wanita itu, 28 tahun, dalam proses perceraian, syak suspek berbuat sesuatu terhadap bayi itu di rumahnya di Manir di sini. Mangsa dijaga ibu bapanya secara bergilir.

Ibu mangsa membuat aduan polis dan membawa bayinya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk pemeriksaan.

Suspek, 36 tahun, kemudian ditahan dan direman empat hari. Kes disiasat bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Iklan

Iklan

MMO Instagram