Last updated Saturday, December 03, 2016 5:33 pm GMT+8

Tuesday November 29, 2016
6:58 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Anggota APM berkata reptilia tiga meter panjang itu ditangkap dengan bantuan penduduk kampung. ― Foto ihsan Facebook/Friends of BNAnggota APM berkata reptilia tiga meter panjang itu ditangkap dengan bantuan penduduk kampung. ― Foto ihsan Facebook/Friends of BNBATU PAHAT, 29 Nov ― Penduduk Kampung Sri Dayung di sini gempar apabila seekor ular sawa seberat 60kg dijumpai melingkar di atas pelamin awal pagi kelmarin.

Anggota Angkatan Pertahan Awam (APM) berkata reptilia tiga meter panjang itu ditemui penduduk ketika sibuk merewang kira-kira 1.20 pagi.

“Tidak sangka pula ada tetamu tak diundang cuba naik pelamin ketika kami sibuk merewang.

“Saya ke kawasan itu sebelum mendapati ular sawa batik sedang bergerak dari kawasan pelamin menuju ke arah jalan raya.

“Keadaan ketika itu agak panik kerana saiz ular terbabit sangat besar dan panjang,” kata Khairul Afandi Mat Aris seperti dilaporkan Harian Metro.

Afandi, 36, berkata ular sawa itu berjaya ditangkap dengan bantuan penduduk kampung sebelum diserahkan kepada APM untuk tindakan lanjut.

“Waktu itu tangan sajalah senjata kami namun dengan bantuan penduduk, ular terbabit [berjaya] ditangkap,” beliau dilaporkan berkata.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline