Last updated Saturday, December 10, 2016 4:42 pm GMT+8

Thursday December 1, 2016
8:51 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Akhbar The Guardian melaporkan pekerja McDonald’s, yang diurus agensi pembekal buruh, dibayar upah serendah RM3.33 sejam. — Foto oleh Saw Siow FengAkhbar The Guardian melaporkan pekerja McDonald’s, yang diurus agensi pembekal buruh, dibayar upah serendah RM3.33 sejam. — Foto oleh Saw Siow FengKUALA LUMPUR, 1 Dis ― McDonald's menamatkan pembekal tenaga pekerjanya yang didakwa membayar upah terlalu rendah dan menempatkan mereka dalam keadaan daif.

Laporan akhbar The Guardian turut mendakwa agensi pembekal menahan gaji pekerja tersebut, serendah £0.60 (RM3.33) sejam, dan juga mengambil pasport mereka.

Pendedahan itu berdasarkan wawancara dengan 15 pekerja Nepal yang bekerja di beberapa restoran McDonald's di sini.

Jenama global itu menjelaskan ia menamatkan kontrak dengan Human Connection HR dan menegaskan kebajikan pekerja menjadi “keutamaan teratasnya”, lapor Reuters hari ini.

Tiada dakwaan syarikat antarabangsa itu terlibat dalam sebarang salah laku, sementara Human Connection HR dilaporkan akan mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi.

Agensi tenaga buruh itu menyediakan pekerja untuk McDonald’s di Malaysia selama “beberapa tahun”, kata jurucakap syarikat itu Ron Christianson.

McDonald’s menggajikan 12,000 kakitangan di negara ini, namun warga asing tidak sampai 5 peratus daripada mereka.

Baca seterusnya di Malay Mail Online.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline