Saturday April 22, 2017
8:46 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Ahmad Bashah berkata golongan tidak bertanggungjawab itu sanggup menggunakan kesucian Ramadan semata-mata untuk membuat serangan politik. — Foto BernamaAhmad Bashah berkata golongan tidak bertanggungjawab itu sanggup menggunakan kesucian Ramadan semata-mata untuk membuat serangan politik. — Foto BernamaALOR STAR, 22 April — Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah semalam menafikan kerajaan negeri mengagihkan Bonus Rakyat 1Kedah (BR1K) sebanyak RM750 seperti yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp dan media sosial baru-baru ini.

Katanya beliau mendapat banyak pertanyaan mengenai kesahihan berita itu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

“Bagi saya mesej 'nakal' Itu datang daripada pihak yang ketandusan idea untuk menyerang kerajaan yang ditadbir baik oleh Barisan Nasional (BN) pada masa ini,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Mesej berkenaan menyatakan kononnya Ahmad Bashah melancarkan BR1K bagi membantu rakyat negeri ini menyambut Ramadan dan ia hanya boleh dimohon oleh rakyat Kedah yang berumur di antara 16 hingga 55 tahun secara dalam talian.

Ahmad Bashah berkata golongan tidak bertanggungjawab itu sanggup menggunakan kesucian Ramadan semata-mata untuk membuat serangan politik kerana mahu memburukkkan imejnya dan BN. — Bernama

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline