Sunday September 17, 2017
6:27 PM GMT+8

TERKINI:
September 17, 2017
06:59 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Tan Sri Muhammad Muhammad Taib kembali semula ke pangkuan Umno, umum Datuk Seri Najib Razak. — Foto oleh Saw Siow FengTan Sri Muhammad Muhammad Taib kembali semula ke pangkuan Umno, umum Datuk Seri Najib Razak. — Foto oleh Saw Siow FengKUALA LUMPUR, 17 Sept — Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib kembali semula ke pangkuan Umno, kata Datuk Seri Najib Razak.

Presiden Umno mengumumkan keputusan Muhammad yang popular dengan panggilan Mat Taib dalam satu sidang media hari ini.

“Seorang bekas pemimpin Umno yang meninggalkan kita sebelum ini membuat keputusan untuk kembali ke pangkuan Umno.

“Beliau sedar perjuangan pembangkang terutama PKR tidak bermakna,” katanya selepas mesyuarat ahli Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato Onn.

Sementara itu, Muhammad berkata beliau berasa “kehilangan” menyertai pembangkang apabila agenda Melayu tidak diutamakan.

“Dari mesyuarat yang saya sertai, tiada perbincangan mengenai agenda Melayu. Tiada jalan lain kecuali menyertai semula Umno,” katanya.

Najib berkata Muhammad menyertai Umno bukan kerana dijanjikan kerusi atau jawatan tetapi atas kehendak sendiri.

Muhammad merupakan menteri besar Selangor dari 1986 hingga 1997. Beliau terpaksa melepaskan jawatan selepas ditahan di Australia.

Bekas naib presiden Umno ini menyertai PAS pada 2013 dan kemudian beralih ke PKR pada 2015.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline