Thursday May 18, 2017
10:26 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

CEO Metrowealth Pictures Datuk David Teo dibawa keluar dewan di Kompleks Seri Perdana selepas berlaku kekecohan. — Foto oleh Yusof Mat IsaCEO Metrowealth Pictures Datuk David Teo dibawa keluar dewan di Kompleks Seri Perdana selepas berlaku kekecohan. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 18 Mei — Pelakon veteran Mat Over tidak kesal menampar penerbit popular David Teoh di majlis perdana menteri malam tadi.

“Saya tidak fikir tindakan saya itu melampau. Ia perlu untuk mengajar dia tentang adab,” kata Mat Over, nama glamor Sulaiman Yassin, seperti dilapor New Straits Times.

Beliau menganggap kelakuan Teo, ketua pegawai eksekutif Metrowealth Pictures (MIG), tidak menghormati Datuk Seri Najib Razak dan pelakon Datuk Rosyam Nor sebagai moderator dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50).

“Sebagai rakyat Malaysia, kita harus memiliki adab dan hormat-menghormati,” katanya.

Teo ditampar oleh pelakon veteran itu selepas menegur Rosyam yang didakwa tidak mengutamakan mereka yang tidak duduk di bahagian depan.

Penerbit itu dan Sulaiman kemudian bersalaman di hadapan Najib di penghujung majlis sebagai tanda berdamai.

Baca seterusnya di Malay Mail Online.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline