Friday January 19, 2018
2:52 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Penumpang Malaysia Airlines dari Sydney ke Kuala Lumpur terpaksa mendarat cemas di Alice Springs, 18 Januari 2018. — Foto ihsan Twitter/Sanjeev Pandey Penumpang Malaysia Airlines dari Sydney ke Kuala Lumpur terpaksa mendarat cemas di Alice Springs, 18 Januari 2018. — Foto ihsan Twitter/Sanjeev Pandey

KUALA LUMPUR, 19 Jan — Malaysia Airlines (MAS) memohon maaf kepada penumpang yang ketakutan akibat dentuman kuat dalam penerbangan MH122 semalam. 

Ketua pegawai eksekutif Kumpulan MAS juga menjelaskan semua penumpang terjejas diterbangkan semula ke Sydney untuk meneruskan perjalanan. 

“Saya memohon maaf kepada semua penumpang atas kejadian tersebut dan memahami kebimbangan yang mereka alami,” kata kapten Izham Ismail.

Penerbangan MH122 dari Sydney ke Kuala Lumpur semalam terpaksa dilencongkan ke Alice Springs setelah satu enjinnya menghadapi masalah teknikal.

Dalam kenyataannya, Izham turut memuji juruterbang dan anak kapal yang berjaya menenangkan penumpang sewaktu kejadian yang mencemaskan itu. 

Kesemua penumpang dan anak kapal selamat dan tiada kecederaan dilaporkan. Mereka disediakan kemudahan hotel, makanan dan pengangkutan.

Dalam kenyataan malam tadi, MAS berkata pesawat A330-300 itu berlepas pada pukul 1.06 tengah hari tetapi mendarat di Alice Springs pada 5.48 petang. 

Baca seterusnya di Malay Mail.

Iklan

Iklan

MMO Instagram