Tuesday November 7, 2017
9:04 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Maria berharap keputusan mahkamah dapat memberi pengajaran kepada Hadijah agar tidak mengganggu rumah tangganya lagi. — Foto ihsan Instagram/Maria FaridaMaria berharap keputusan mahkamah dapat memberi pengajaran kepada Hadijah agar tidak mengganggu rumah tangganya lagi. — Foto ihsan Instagram/Maria FaridaKUALA LUMPUR, 7 Nov — Pelakon Datin Maria Farida hari ini berjaya dalam tuntutan saman terhadap bekas isteri suaminya selepas dua tahun menerima pelbagai kecaman.

Maria, 46, berkata Hadijah Mokhtar turut dihukum penjara dua minggu selepas enggan menghadiri perbicaraan kes berkenaan.  

"Sepanjang dua tahun saya dan keluarga menerima pelbagai fitnah daripadanya sehingga ia meninggalkan kesan mendalam pada diri saya.

"Ramai memandang serong terhadap saya gara-gara fitnah yang dilakukannya dan kemenangan ini bukti saya tidak bersalah,” katanya kepada mStar Online.

Hadijah, nama popular Karen Rayyan, dilaporkan membuat pelbagai tuduhan terhadap Maria menerusi khidmat pesanan ringkas dan media sosial.

Pelakon filem “Datin Ghairah” itu didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Hadijah dengan Datuk Rahman Shakur.

Maria berkata keputusan mahkamah ini diharap dapat memberi pengajaran kepada Hadijah agar tidak mengganggu rumah tangganya lagi.

"Alhamdulillah kemenangan berpihak kepada saya dan berharap dapat meneruskan kehidupan dengan lebih tenang.

“Saya benar-benar berharap dia tidak mengulangi perbuatannya dan belajar daripada kesilapan," Maria dilaporkan berkata.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline