Last updated Saturday, October 01, 2016 1:02 pm GMT+8

Friday September 23, 2016
10:57 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Pelajar yang menghadapi masalah pembiayaan di Mesir bukan berada dibawah tajaan Mara sebaliknya melanjutkan pengajian atas inisiatif sendiri, kata Tan Sri Annuar Musa. ― Foto oleh Yusof Mat IsaPelajar yang menghadapi masalah pembiayaan di Mesir bukan berada dibawah tajaan Mara sebaliknya melanjutkan pengajian atas inisiatif sendiri, kata Tan Sri Annuar Musa. ― Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 23 Sept ― Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan berbincang dengan Biro Pendidikan Umno untuk membantu menyelesaikan masalah 150 pelajar Malaysia yang menghadapi masalah pembiayaan pengajian di Mesir.

Pengerusinya Tan Sri Annuar Musa berkata beliau akan berbicang dengan Pengerusi Biro Pendidikan Umno Tan Sri Ibrahim Abu Shah untuk mencari kaedah terbaik membantu pelajar terbabit khasnya pelajar cemerlang daripada kalangan keluarga miskin.

“Kita (Mara) setuju supaya turut membantu dengan mengenal pasti pelajar yang terlibat itu terdiri daripada keluarga berpendapatan bawah RM4,000 dan mempunyai prestasi akademik yang cemerlang, harap dibantu secara berperingkat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Umno di sini semalam.             

Beliau berkata pelajar terbabit bukan berada di bawah Skim Pelajar Cemerlang tajaan Mara, sebaliknya mereka melanjutkan pengajian di Mesir atas inisiatif sendiri namun gagal mendapat sebarang tajaan setelah beberapa tahun tempoh pengajian di sana.         

Annuar berkata perkara itu telah dirujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai bukti kerajaan mengambil berat masalah pelajar Malaysia di Mesir selain yang masih dalam pengajian di United Kingdom, Rusia dan Australia.

“Ada juga rujuk kepada perdana menteri, jangan ada tanggapan kerajaan tidak prihatin, kita sangat prihatin, kita tidak ada bajet khusus, mereka pergi dulu, baru memohon,” katanya.

Pada 15 Sept lalu media melaporkan 150 pelajar Malaysia dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi di Mesir bakal berdepan penyingkiran ekoran kegagalan membayar hutang yuran pengajian yang mencecah hampir RM4.5 juta secara keseluruhan.    

Perkara itu turut mendapat perhatian Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang menghantar rombongan ke Mesir pada 19 Sept dalam usaha membantu pelajar Malaysia yang menghadapi masalah pembiayaan pengajian di negara itu. 

Menurut menterinya Datuk Seri Idris Jusoh kunjungan selama empat hari itu disertai beberapa pegawai KPT. ― Bernama

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline