Monday May 15, 2017
3:37 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Bekas vokalis Exist, Mamat mengaku bersalah mengambil syabu enam tahun lalu dan didenda RM1,000. — Foto ihsan Instagram/mamatexistofficialBekas vokalis Exist, Mamat mengaku bersalah mengambil syabu enam tahun lalu dan didenda RM1,000. — Foto ihsan Instagram/mamatexistofficialJOHOR BARU, 15 Mei — Mamat Exist, penyanyi lagu “Untukmu Ibu” mengaku bersalah mengambil syabu enam tahun lalu dan didenda RM1,000 oleh mahkamah majistret di sini, hari ini.

Majistret Noor Aisyah Ahmad juga mengarahkan Mamat, atau nama sebenar Mohd Ali Kamarudin, 39, menjalani pengawasan polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun, lapor Harian Metro.

Mamat didakwa memasukkan methamphetamine ke dalam badannya di pejabat Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara, pada 3.30 petang, 21 Mac 2011.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Peguam bela Mamat, Arwa Abdul Rahman sebelum itu memohon agar mahkamah meringankan hukuman memandangkan pertuduhan yang dihadapkan adalah kes pada tahun 2011.

“Anak guam saya ditahan pada 2011 untuk kes ini dan kini dia sudah bebas daripada penyalahgunaan dadah.

“Kini, Mamat bekerja sebagai jurujual jualan langsung dan turut menanggung tiga anak yang masih bersekolah berusia 11 hingga 15 tahun,” katanya.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline