Thursday September 14, 2017
12:42 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Profesor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin malu bercerita panjang mengenai keadaan masyarakat tanpa data penyelidikan. — Foto-foto oleh Zulyana RahmanProfesor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin malu bercerita panjang mengenai keadaan masyarakat tanpa data penyelidikan. — Foto-foto oleh Zulyana RahmanSERDANG, 14 Sept — Institut Kajian Etnik (Kita) Universiti Kebangsaan Malaysia menggesa kerajaan menyalurkan dana RM1.5 juta setahun bagi tujuan penyelidikannya.

Pengarahnya berkata kajian sains sosial perlu disokong dengan data penyelidikan bagi meramal dan memahami situasi semasa masyarakat berbilang kaum.

“Kita kena buat beberapa ukuran dalam konteks Malaysia, berapa banyak detik perpaduan yang sudah kita capai tetapi tiada yang menjalankan penyelidikan.

“Setiap RM1 wang penyelidikan yang dikeluarkan di Malaysia ini, 90 peratus untuk sains dan teknologi, 10 peratus lagi untuk sains sosial.

“Berikan saya dana yang cukup, tahun depan saya jawab semua soalan itu dengan statistiknya sekali,” kata Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.

Beliau menjawab soalan moderator Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar dalam satu wacana ilmuwan yang diadakan Majlis Profesor Negara di sini semalam.

Menerusi wacana yang diadakan bersempena sambutan Hari Malaysia, Munawar bertanya petunjuk yang boleh dilihat dalam perpaduan di Malaysia.

Naib Canselor UPM Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris (tengah) bergambar bersama ahli panel dan moderator wacana ilmuwan semalam. Naib Canselor UPM Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris (tengah) bergambar bersama ahli panel dan moderator wacana ilmuwan semalam. Tidak mungkin jual air liur

Shamsul berkata Kita tidak diberikan dana untuk menjalankan penyelidikan kerana bidang sains sosial sering dilihat tidak penting.

“Kita sudah diangkat dan disokong perdana menteri untuk menjadi institut kebangsaan. Jadi kena sokonglah. Beri nama saja bagaimana?

“Tidak mungkin modal air liur jadi institut kebangsaan? Tidak terdaya saya jual durian dalam urusan ini.

“Saya perlukan setiap tahun RM1.5 juta untuk mengetahui bukan isu ini saja tetapi isu-isu lain bagi mempersembah data terkini.

“Iklim sosial di Malaysia, kita tidak boleh baca kerana kita tidak membuat penyelidikan. Tidak boleh modal air liur. Kena buat kerja,” katanya.

Bercakap kepada pemberita, Shamsul berkata tiada data sosial menjadikannya malu untuk bercerita panjang mengenai keadaan masyarakat semasa.

Katanya, sudah tiba masa bidang sains sosial diberikan peruntukan agar penyelidikan dapat dijalankan.

“Kita heboh dengan Industri 4.0 tetapi rakyat kita dapat sifar. Macam mana itu? Ramalan cuaca di TV lebih baik lagi kerana ada teknologi.

“Jadi apa yang saya nak cakap, [suasana] ‘aman’ di sana sini sebab tiada penyelidikan. Malu saya nak bercakap tetapi saya tidak malu bercakap kita perlukan bantuan.

“Kalau berlaku pergaduhan, negara mendapat untung? Tetapi kalau kita boleh ramal atau hindari, tidakkan bagus? Mencegah lebih baik daripada mengubati.

“Saya mahu elakkan [ketegangan] kerana orang Malaysia boleh berfikir dan senang untuk berdialog,” katanya.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline