Thursday February 8, 2018
1:06 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Tiga beranak dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah selepas makan gulai keladai dipercayai beracun. — Paparan skrin GoogleTiga beranak dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah selepas makan gulai keladai dipercayai beracun. — Paparan skrin GoogleKUALA PILAH, 8 Feb — Tiga beranak nyaris maut selepas makan gulai keladi, dipercayai beracun yang dikutip di belakang rumah mereka.

Mereka muntah, tekak rasa panas, mata kemerahan dan berair selepas menikmati makan tengah hari itu di Kampung Lonek, Kepis Hilir, lapor Harian Metro.

Jamal Ahmad, 50, berkata isterinya, anak dan anak saudaranya mungkin termakan keladi liar beracun, tumbuh berhampiran keladi yang ditanam enam tahun lalu.

“Saya percaya ada keladi liar tumbuh berhampiran dan isteri tidak sengaja mengambilnya untuk dimasak,” katanya.

Suami kepada Siti Aida Mohamad, 40, itu berkata doktor memaklumkan tiga beranak mungkin maut jika rawatan lambat diberi Ahad lalu.

Jamal membawa mereka ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah. Semua pokok keladi di belakang rumahnya telah dibuang.

Iklan

Iklan

MMO Instagram