Last updated Tuesday, March 28, 2017 11:59 pm GMT+8

Wednesday January 11, 2017
3:41 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Donald Trump berucap ketika berkempen majlis makan malam Republikan di Madison County, Iowa pada 27 Jun 2015. — Foto Reuters Donald Trump berucap ketika berkempen majlis makan malam Republikan di Madison County, Iowa pada 27 Jun 2015. — Foto Reuters NEW YORK, 11 Jan — Selepas gagal mendapat penghibur ternama, Donald Trump menjadi bahan ejekan apabila hari sambutannya sebagai presiden baru dilaporkan berunsur “berahi”.

Kenyataan Tom Barrack, pengerusi jawatankuasa majlis sambutan Trump minggu depan sebagai pengganti Barack Obama, disindir pengguna media sosial.

Hartawan yang kurang disenangi sejak berkempen sepanjang tahun lalu sering dipertikaikan warga negaranya, termasuk melalui demonstrasi sewaktu beliau menang November lalu.

Untuk majlis tersebut pada 20 Januari ini, Barrack berkata Trump mahu ia dimeriahkan dengan elemen “sedikit keberahian” dan "irama syair", bukannya "gaya sarkas" presiden sebelumnya.

Kata kunci #softsensuality, #PEEOTUS dan #goldenshower menjadi topik hangat di Twitter.

Perkataan PEEOTUS itu ejekan dengan maksud kencing, ubah suai istilah popular POTUS atau presiden Amerika Syarikat. “Golden shower” juga bermaksud kencing.

Majlis sambutan Trump sebelum ini menjadi sorotan media apabila ia gagal menarik persembahan penghibur dan selebriti terkenal, antaranya kerana enggan dikaitkan dengan retorik beliau dan juga terikat dengan jadual seni masing-masing.

* Baca seterusnya di Malay Mail Online.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline