Wednesday November 16, 2016
11:54 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Dwayne Johnson dan ibunya Ata Johnson berjalan pada majlis tayangan perdana animasi ‘Moana’ di Hollywood, California pada 15 November 2016. — Foto Reuters  Dwayne Johnson dan ibunya Ata Johnson berjalan pada majlis tayangan perdana animasi ‘Moana’ di Hollywood, California pada 15 November 2016. — Foto Reuters LOS ANGELES, 16 Nov — Pelakon Dwayne Johnson, dikenali juga sebagai “The Rock,” diumumkan “lelaki paling seksi yang masih hidup” oleh mingguan selebriti People.

Ahli gusti itu, yang kini pelakon, setanding dengan pemain bola sepak David Beckham serta pelakon-pelakon Ryan Reynolds, Bradley Cooper dan Cahnning Tatum, lapor AFP-Relaxnews.

Majalah People dan Entertainment Weekly sedang merayakan “minggu individu paling seksi” dengan memilih selebriti cantik dan tokoh terkenal dalam wawancara dan aktiviti, seperti “lelaki paling seksi di dapur,” “lelaki paling seksi bersama haiwan kesayangan” dan edisi “marathon seksi” Jess Cagle Interview.

Johnson juga sedang melalui tempoh yang sangat sibuk dalam kerjayanya.

Beliau terlibat dalam rakaman suara animasi “Moana” terbitan Disney dan berlakon filem-filem “Fast 8,” “Baywatch,” “Jumanji” dan juga drama bersiri “Ballers” di saluran HBO sepanjang 2017.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline