Friday October 13, 2017
9:32 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Mais mengarahkan siasatan dibuat terhadap Zamihan Mat Zin kerana didakwa mengkritik institusi diraja dalam ceramahnya di sebuah masjid di sini, Ahad lepas. — Paparan skrin video YouTubeMais mengarahkan siasatan dibuat terhadap Zamihan Mat Zin kerana didakwa mengkritik institusi diraja dalam ceramahnya di sebuah masjid di sini, Ahad lepas. — Paparan skrin video YouTubeSHAH ALAM, 13 Okt — Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengarahkan siasatan dibuat terhadap Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zin kerana didakwa mengkritik institusi diraja dalam ceramahnya di sebuah masjid di sini, Ahad lepas.

Pengerusi MAIS Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata pihaknya telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk melakukan siasatan itu mengikut Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.

“MAIS menegaskan bahawa semua penceramah agama di dalam Selangor hendaklah mematuhi segala peruntukan dalam Peraturan-peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.

“Ini termasuklah tidak menyampaikan ceramah agama yang boleh mendatangkan kebencian atau penghinaan atau boleh menunjukkan kebiadaban terhadap Duli Yang Maha Mulia Sultan, juga terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan atau pihak berkuasa agama Islam negeri atau yang boleh mewujudkan perasaan buruk sangka dan permusuhan antara beberapa kaum atau golongan penduduk di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Adzib berkata pendapat Zamihan dalam ceramah tersebut tidak menggambarkan pendirian MAIS atau JAIS berhubung perkara itu.

Dalam pada itu, beliau mengarahkan pihak pengurusan masjid dan surau di Selangor untuk memantau setiap aktiviti pengajaran agama Islam yang dilaksanakan di masjid dan surau supaya selaras dengan Peraturan-peraturan Masjid dan Surau (Negeri Selangor) 2017.

“MAIS turut mengingatkan bahawa pihak pengurusan semua masjid dan surau dalam Selangor bertanggungjawab memastikan setiap penceramah yang dijemput mempunyai tauliah mengajar dan mematuhi Peraturan-peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008,” katanya.

Zamihan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur selepas memberi keterangan pada 3.50 petang Rabu berhubung ceramahnya yang didakwa berbaur perkauman.

Beliau ditahan reman selama dua hari bermula semalam. — Bernama

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline