Friday November 10, 2017
11:38 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Seorang pekerja kilang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tiga pertuduhan termasuk merogol seorang penuntut universiti tempatan. ― Paparan skrin GoogleSeorang pekerja kilang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tiga pertuduhan termasuk merogol seorang penuntut universiti tempatan. ― Paparan skrin Google

SHAH ALAM, 10 Nov ― Seorang pekerja kilang menangis ketika dihadapkan ke mahkamah di sini atas tiga pertuduhan termasuk merogol seorang siswi.

Air mata tertuduh, yang mengaku tidak bersalah, dikesat seorang wanita sebelum prosiding bermula, menjadikan suasana mahkamah "sebak", lapor Harian Metro.

Amirulfaizal Amiruddin, 27, didakwa di Mahkamah Sesyen pada Rabu berhubung tindakannya pada penuntut universiti berusia 22 tahun pada 1 November lalu.

Kesalahannya, termasuk seks luar tabii dan samun, dilakukan di bawah pokok belakang pangsapuri di Seksyen 7 antara jam 8.30 malam hingga 10.30 malam.

Untuk tuduhan pertama, Amirulfaizal yang dilaporkan sudah berkahwin didakwa bawah Seksyen 376 (2) (b) iaitu merogol mangsa.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dipenjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun. Tertuduh juga boleh disebat.

Bagi tuduhan seterusnya, lelaki itu didakwa bawah Seksyen 377C kanun sama iaitu kesalahan memasukkan kemaluan  ke dalam mulut mangsa tanpa kerelaan.

Jika disabitkan, tertuduh boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun berserta sebatan.

Amirulfaizal dituduh bawah Seksyen 392, dibaca bersama Seksyen 397, kanun sama bagi kesalahan samun menggunakan sebilah pisau.

Beliau dilaporkan menyamun telefon jenis Samsung J2 Prime dan wang RM100.

Bagi kesalahan ini, tertuduh boleh dipenjara sehingga 14 tahun, didenda berserta sebatan. Tarikh sebutan semula ditetapkan pada 4 Disember depan.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline