Monday February 12, 2018
3:01 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Ahli parlimen Pandan Rafizi Ramli bercakap kepada wartawan di luar Mahkamah Sesyen Shah Alam, 7 Februari 2018 ― Foto oleh Yusof Mat IsaAhli parlimen Pandan Rafizi Ramli bercakap kepada wartawan di luar Mahkamah Sesyen Shah Alam, 7 Februari 2018 ― Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 12 Feb — Tun Dr Mahathir Mohamad berharap Rafizi Ramli tidak putus harapan walau dikenakan hukuman penjara 30 bulan.

"Rafizi, kuatkan semangat. Jangan berasa kecewa," kata pengerusi gabungan Pakatan Harapan dalam rakaman video ringkas di Twitter.

"Kita berjuang mungkin mengambil masa, mungkin menang, mungin kalah tetapi perjuangan mestilah kita teruskan demi bangsa dan negara".

 

Pada 7 Februari, Rafizi dihukum penjara 30 bulan kerana mendedahkan dokumen bank berkaitan syarikat berkaitan Projek Fidlot Nasional (NFC).

Naib presiden PKR itu sebelum ini didapati bersalah bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana mendedahkan sebahagian audit 1Malaysia Development Berhad.

Keputusan ini masih di peringkat rayuan tetapi ahli parlimen itu tidak boleh mempertahankan kerusi Pandan.

Baca seterusnya di Malay Mail

Iklan

Iklan

MMO Instagram