Saturday January 13, 2018
10:29 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali disifatkan seorang pemimpin berkebolehan untuk menjadi perdana menteri jika Pakatan Harapan menang PRU14. ― Foto oleh Yusof Mat IsaDatuk Seri Mohamed Azmin Ali disifatkan seorang pemimpin berkebolehan untuk menjadi perdana menteri jika Pakatan Harapan menang PRU14. ― Foto oleh Yusof Mat IsaCYBERJAYA, 13 Jan —  Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa menteri besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali seorang pemimpin berkebolehan untuk menjadi perdana menteri jika Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengerusi PH itu bagaimanapun berkata walaupun Mohd Azmin amat berkebolehan tetapi beliau tidak dipilih oleh kepimpinan PH untuk jawatan itu.

“Beliau cukup berkebolehan tetapi tidak terpilih. Anda tidak saja perlu berkebolehan tetapi mesti dipilih. Saya tak tahu sama ada saya berkebolehan tetapi mereka telah memilih saya,” katanya kepada pemberita selepas menjadi anggota panel Forum Wawasan 2020 di sini hari ini.

Beliau mengulas soalan yang ditimbulkan mengapa beliau tidak mencadangkan nama lain seperti Azmin sebagai calon PM PH.

Semalam, dilaporkan bahawa Mahathir tidak mahu menjadi perdana menteri jika PH memenangi PRU14 tetapi beliau telah diminta agar menerima pencalonan itu.

Ditanya mengenai komen anak perempuan mendiang Karpal Singh yang menyelar pencalonanan Mahathir yang menurutnya menunjukkan kelemahan strategi pembangkang, Mahathir berkata: 

“Setiap orang berhak memberikan pendapat, saya perlu menghormati mereka yang menyokong dan menaruh kepercayaan pada saya.”

Forum, yang sepatutnya bermula pada jam 2 petang, hanya bermula pada 3.15 petang dengan jumlah kehadiran hanya kira-kira 300 orang berbanding lebih 1,000 yang diharapkan.

Sekretariat terpaksa mengeluarkan sebahagian kerusi dari dewan bila mendapati ruang venue separuh kosong.

Setelah forum bermula, pengacara majlis meminta sekretariat terus membuka pintu bagi membolehkan lebih ramai masuk, namun hanya sebilangan tambahan yang muncul. — Bernama

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline