Sunday July 16, 2017
5:31 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Seorang pengunjung melewati dinding yang dihiasi paket kondom di Pusat Penemuan Kondom Lateks Fuji Taiwan di Taipei, 24 Julai 2013. — Foto ReutersSeorang pengunjung melewati dinding yang dihiasi paket kondom di Pusat Penemuan Kondom Lateks Fuji Taiwan di Taipei, 24 Julai 2013. — Foto ReutersKUALA LUMPUR, 16 Julai — Sekarang lelaki boleh memilih saiz kondom yang serasi dengan saiz alat kelamin mereka daripada pembekal terbesar di dunia.

Karex, syarikat Malaysia, menyediakan perisian di internet yang menentukan saiz kondom sesuai dengan kelelakian masing-masing, lapor The Irish Times.

“Kelelakian ada bermacam bentuk dan saiz dan kini melalui kami dalam talian mereka boleh membeli kondom macam wanita membeli coli,” kata ketua pegawai eksekutifnya MK Goh.

“Mereka boleh muat turun perisian yang mengukur panjang dan ukur lilit kemaluan untuk menentukan saiz dan kemudian memesan kondom daripada kami.”

Melalui kemudahan dalam talian, tambahnya, lelaki lebih senang berterus terang tentang saiz alat sulit mereka berbanding di kedai.

“Kami ada 66 saiz kondom yang dibuat khas tetapi tiada peruncit yang berminat menjual semuanya, jadi kami terpaksa menjual atas talian,” kata Goh lagi.

Akhbar itu melaporkan Karex merekodkan pendapatan US$92 juta (RM395 juta) tahun lalu dan mengeksport lima bilion kondom ke 120 negara.

Karex dilaporkan menguasai kira-kira 17 peratus pasaran dunia untuk produk ini.

Syarikat ini merancang mengeluarkan tujuh bilion kondom menjelang hujung tahun. Ia mengilang tiga bilion setahun sebelum disenarai di bursa saham pada 2013.

Baca seterusnya di Malay Mail Online.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline