Saturday August 12, 2017
3:57 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Lori tangki muatan asid terbalik selepas terbabit dalam kemalangan di KM 251.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dengan sebuah kereta Toyota Vios berhampiran susur keluar tol Senawang menghala utara kira-kira pukul 3.20 pagi tadi. — Foto BernamaLori tangki muatan asid terbalik selepas terbabit dalam kemalangan di KM 251.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dengan sebuah kereta Toyota Vios berhampiran susur keluar tol Senawang menghala utara kira-kira pukul 3.20 pagi tadi. — Foto Bernama

SEREMBAN, 12 Ogos — Seorang lelaki maut apabila lori tangki dengan muatan 25,000 liter asid yang dipandunya terbalik dalam kemalangan dekat Plaza Tol Senawang, awal pagi tadi.

Surazru Mohamed Sakeri, 37, ditemui meninggal dunia oleh Bomba dan Penyelamat Senawang di Kilometer 251.6 Lebuhraya Utara Selatan, jam 3.22 pagi, lapor Sinar Harian.

Pegawai Bomba Kanan II berkata mangsa termasuk dua wanita iaitu pemandu dan penumpang kereta yang turut terlibat dalam kemalangan dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini.

“[...] kerana [mereka] mengadu pening, berkemungkinan akibat terhidu asid,” kata Zainurin Sharif.

Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) ditugas membersihkan tumpahan asid di sekitar lokasi kejadian supaya lebih selamat.

Sementara itu timbalan ketua polis daerah Seremban berkata sebelum kejadian, treler terbabit dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Johor. 

“Apabila sampai di tempat kejadian, treler yang dipandu mangsa hilang kawalan dan bergerak secara berbahaya,” kata Supt Sulizmie Affendy Sulaiman seperti dilapor Bernama.

“Pemandu kereta itu yang berada di lorong yang sama tidak sempat mengelak lalu melanggar belakang treler menyebabkan kereta itu berpusing beberapa kali sebelum berhenti di sebelah penghadang besi pembahagi jalan.”

Mengulas lanjut, Sulizme berkata treler itu terbabas lalu melanggar pembahagi jalan.

Surazru, pemuda asal Manek Urai, Kelantan, ketika itu katanya berjaya melompat keluar daripada lori tetapi dipercayai mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Sementara dua yang wanita yang juga penuntut sebuah universiti swasta di Melaka yan menaiki kereta Toyota Vios hanya cedera ringan, katanya.

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline