Saturday September 16, 2017
3:32 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur mengorbankan 21 nyawa pelajar dan dua guru. ― Foto ihsan Facebook/DTTBKebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur mengorbankan 21 nyawa pelajar dan dua guru. ― Foto ihsan Facebook/DTTBKUALA LUMPUR, 16 Sept ― Semua mangsa tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah kini disembunyikan di satu lokasi rahsia, kata pegetua.

Muhammad Zahid Mahmod berkata bagi melindungi mangsa daripada gangguan luar mereka tidak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, lapor BH Online.

“Saya telah diberi arahan daripada Ketua Polis Negara dan pihak autoriti lain supaya tidak mengulas lanjut berhubung insiden kebakaran ini,” katanya.

Beliau enggan mengulas lanjut ketika ditanya lokasi sebenar dan baki jumlah mangsa yang terselamat ketika kejadian pagi Khamis.

Presiden Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (Pinta) itu turut menafikan ada pihak yang memusuhi dan mengancam pusat tahfiz seliaannya.

Tragedi kebakaran di Jalan Keramat Hujung di sini mengorbankan 21 pelajar dan dua guru.

Polis sedang menyiasat punca kebakaran termasuk unsur jenayah dan khianat selepas bomba mengesahkan masalah bukan dari litar pintas.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline