Thursday December 7, 2017
9:31 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Sikap pemanduan yang tidak berdisiplin dan berhemah punca kemalangan di lebuh raya, kata LLM. — Foto Malay MailSikap pemanduan yang tidak berdisiplin dan berhemah punca kemalangan di lebuh raya, kata LLM. — Foto Malay MailBAGAN SERAI, 7 Dis — Kemalangan yang berlaku di semua lebuh raya seluruh negara terutama pada musim cuti persekolahan bukan disebabkan faktor jalan rosak sebaliknya sikap pemanduan yang tidak berdisiplin dan berhemah.

Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata pihaknya telah melakukan pelbagai perkara bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kesesakan pada kemuncak cuti persekolahan antaranya menutup lorong tunai dan tidak mengizinkan kenderaan berat menggunakan lebuh raya.

“Namun kemalangan tetap berlaku disebabkan sikap pemandu yang tidak berdisiplin dan berhemah serta ada pemandu yang memandu di bawah pengaruh dadah yang menjadi faktor utama kejadian kemalangan maut sejak kebelakangan ini,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Program Berkhatan membabitkan 30 kanak-kanak peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gunung Semanggol di Dewan Kampung Padang Lalang di sini hari ini.

Noor Azmi berkata demikian sebagai mengulas mengenai insiden bas ekspres dengan sebuah treler dan lori kontena di KM294.7 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Kampar semalam menyebabkan seorang wanita maut manakala pemandu bas serta 12 penumpang lain cedera ringan. — Bernama

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline