Friday July 14, 2017
8:46 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Kuih koci memang enak dan menyelerakan. Seorang pengurus maut akibat tercekik kuih jenis ini di Johor Baru pagi ini. — Foto ihsan Facebook/Frozen Food CateringKuih koci memang enak dan menyelerakan. Seorang pengurus maut akibat tercekik kuih jenis ini di Johor Baru pagi ini. — Foto ihsan Facebook/Frozen Food CateringJOHOR BARU, 14 Julai — Seorang lelaki meninggal dunia ketika sedang menikmati kuih koci di sebuah kedai makan di Jalan Nong Chik, di sini hari ini.

Ketua polis daerah Johor Baru Selatan berkata dalam kejadian pukul 10.30 pagi Mohd Samsi Sapan, 56, sedang makan bersama rakan-rakannya, lapor Utusan Malaysia.

“Mangsa telah tercekik semasa makan kuih koci dan tidak dapat bernafas. Mangsa telah dibawa oleh rakannya itu ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Aminah (HSA) di sini,” kata ACP Shahurinain Jais seperti dalam kenyataan.

“Mangsa kemudian telah disahkan meninggal dunia oleh doktor. Pemeriksaan pada mangsa mendapati tiada unsur jenayah atau khianat ditemukan.”

Kematian pengurus syarikat dari Kulai itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Portal itu difahamkan Mohd Samsi, juga ahli jawatankuasa Umno Bahagian Mersing singgah ke kedai makan selepas menziarahi jenazah bekas speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Datuk Mohd Ali Hassan di Taman Nong Chik, di sini.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline