Saturday May 20, 2017
12:07 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Neelofa berkata langkahnya untuk menceburi dunia korporat akan tercapai tidak lama lagi apabila bakal dilantik ahli lembaga pengarah sebuah syarikat. — Foto oleh Choo Choy MayNeelofa berkata langkahnya untuk menceburi dunia korporat akan tercapai tidak lama lagi apabila bakal dilantik ahli lembaga pengarah sebuah syarikat. — Foto oleh Choo Choy MayPUTRAJAYA, 20 Mei — Selepas tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017, pelakon Neelofa mahu melebarkan sayap sebagai penceramah antarabangsa.

Pelakon drama Suri Hati Mr Pilot berkata penyenaraian itu membawa namanya setapak lagi ke persada antarabangsa bagi merealisasikan aspirasinya selama ini.

“Selepas muncul di Forbes tempoh hari, saya dipanggil untuk hadir ke sidang kemuncak di Manila pada Julai.

“[Saya dijemput] sebagai penceramah bercakap tentang memecah era stereotype wanita. Impian saya untuk menjadi penceramah antarabangsa.

“Apabila saya mendapat peluang itu, saya berasa ini platform pertama saya untuk keluar dari Malaysia menjadi penceramah,” katanya.

Pengacara MeleTop berkata demikian ketika ditemui media selepas diumumkan pengacara TV popular Anugeragh Bintang Popular Berita Harian pada Ahad.

Dipilih berdasarkan undian peminat, Neelofa menewaskan Alif Satar, Mira Filzah, Nabil Ahmad dan Zizan Razak.

Neelofa, 28, berkata langkahnya untuk menceburi dunia korporat akan tercapai tidak lama lagi apabila bakal dilantik ahli lembaga pengarah sebuah syarikat.

“Saya dapat tawaran dari sebuah syarikat yang sangat besar dan dikenali di peringkat antarabangsa untuk menjadi salah seorang pengarah bukan eksekutif.

“Jika saya terpilih menjadi ahli lembaga pengarah, saya dapat melihat bagaimana operasi syarikat dijalankan.

“Itu pengalaman yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit,” katanya.

Pengasas Naelofar Hijab berkata sebagai kesinambungan penyenaraian dalam Forbes, dia akan ke Amerika Syarikat Oktober ini bagi melebarkan rangkaian perniagaan.

“Oktober ini saya akan ke Boston menghadiri acara Forbes.

“Saya akan ke sana membina rangkaian dan mencari peluang yang ada untuk meletakkan diri saya di sana,” katanya.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline