Saturday May 20, 2017
5:22 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi bilik gerakan IPD Subang Jaya di 03-78627100 atau mana-mana balai polis berhampiran. — Paparan skrin GooglePolis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi bilik gerakan IPD Subang Jaya di 03-78627100 atau mana-mana balai polis berhampiran. — Paparan skrin GoogleKUALA LUMPUR, 20 Mei ― Polis Selangor kini sedang giat memburu seorang lelaki yang melarikan kereta polis malam semalam.

Ketuanya, Datuk Seri Abdul Samah Mat berkata suspek yang ditahan di Kota Baru, Kelantan petang semalam mengadu sakit perut dan muntah di dalam kereta.  

"Kereta polis itu kemudian berhenti di Taipan, USJ10 untuk singgah di farmasi untuk membeli ubat dan makanan suspek, pada kira-kira 9 malam.

"Anggota kemudian pergi ke farmasi manakala seorang lagi anggota ambil tisu dan kain untuk lap muntah di but kereta.

“Ketika itulah suspek yang tangannya bergari pergi ke tempat pemandu sebelum membawa lari kenderaan polis itu," katanya kepada Harian Metro.

Abdul Samah berkata suspek berusia 32 tahun itu ditangkap sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Subang Jaya kerana pecah amanah.

Katanya, kereta polis jenis Proton Preve dijumpai semula di Persiaran Kewajipan, USJ5, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi bilik gerakan IPD Subang Jaya di 03-78627100 atau mana-mana balai polis berhampiran.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline