Tuesday July 18, 2017
7:10 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Seorang koperal bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman ditahan kerana menembak punggung rakannya. — Paparan skrin GoogleSeorang koperal bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman ditahan kerana menembak punggung rakannya. — Paparan skrin GoogleKUALA LUMPUR, 18 Julai — Seorang anggota polis tertembak punggung rakannya ketika mereka bergaduh di sebuah gerai di Setapak.

Koperal itu dipercayai mabuk dan melepaskan lima tembakan, satu das mengenai punggung rakannya kira-kira jam 5 pagi tadi, lapor Berita Harian.

Ketua polis Kuala Lumpur berkata anggota berusia 30-an itu dikatakan bertelagah dengan dua rakan ketika minum.

"Kita sudah menahan anggota terbabit dan seorang lagi rakannya serta merampas pistol yang digunakan ketika kejadian," kata Datuk Amar Singh Ishar Singh.

Koperal itu bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman. 

Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline