Last updated Wednesday, December 07, 2016 12:08 am GMT+8

Wednesday October 19, 2016
3:12 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Leonardo DiCaprio menerima anugerah sebagai pelakon terbaik untuk 'The Wolf of Wall Street' di majlis Anugerah Filem Pilihan Pengkritik di Santa Monica, California pada 17 Januari 2014. — Foto ReutersLeonardo DiCaprio menerima anugerah sebagai pelakon terbaik untuk 'The Wolf of Wall Street' di majlis Anugerah Filem Pilihan Pengkritik di Santa Monica, California pada 17 Januari 2014. — Foto ReutersNEW YORK, 19 Okt — Yayasan milik pelakon tersohor Leonardo DiCaprio akan memulangkan wang 1Malaysia Develoment Berhad (1MDB) jika terbukti dana itu diselewengkan.

Pemenang anugerah Oscar itu, yang diingati ramai melalui filem “Titanic,” juga berkata beliau memberi kerjasama dalam siasatan pihak berkuasa Amerika Syarikat terhadap wang itu, lapor Reuters.

Jabatan Kehakiman (DOJ) negara itu menyiasat sejumlah US$100 juta (RM419.6 juta) wang 1MDB yang didakwa diseleweng daripada 1MDB untuk menghasilkan filem lakonannya, “The Wolf of Wall Street.”

Dalam kenyataannya semalam, jurucakap DiCaprio berkata pelakon itu menyedari siasatan tersebut melalui laporan akhbar Julai lalu.

Tambahnya, pelakon “The Revenant” dengan segera mengarahkan wakil-wakilnya menghubungi DOJ untuk memastikan sama ada beliau atau yayasannya Leonardo DiCaprio Foundation (LDF) terlibat.

Jika terlibat, kata jurucakap beliau lagi, DiCaprio ingin memulangkan dengan segera wang tersebut.

“Semua urusan berhubung perkara itu dimulakan daripada pihak DiCaprio dan LDF,” kenyataan itu dipetik.

Baca seterusnya di Malay Mail Online

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline