Wednesday November 8, 2017
12:40 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Bomba Sekinchan menyelamatkan seorang lelaki (tengah) yang mengunci diri dalam tandas sebuah masjid akibat tekanan perasaan.  — Foto ihsan Facebook/Bomba SekinchanBomba Sekinchan menyelamatkan seorang lelaki (tengah) yang mengunci diri dalam tandas sebuah masjid akibat tekanan perasaan. — Foto ihsan Facebook/Bomba SekinchanSEKINCHAN, 8 Nov — Seorang lelaki mengunci diri dalam tandas sebuah masjid di sini akibat tekanan perasaan.

Pemuda, 26, enggan keluar walau dipujuk ahli keluarganya sebelum pihak masjid menghubungi bomba pada 9.29 malam kelmarin, lapor Sinar Harian.

Ketua operasi bomba dan penyelamat Sekinchan berkata usaha memujuk selama sejam gagal, memaksa mereka memasuki tandas melalui siling.

“Lelaki ini berjaya dikeluarkan dengan selamat selepas anggota bomba berjaya masuk ke dalam tandas melalui siling sebelum membuka pintu tandas dari dalam,” katanya.

Omar Ali Saifuddin berkata lelaki yang tidak agresif ketika diselamatkan, diserah kepada polis untuk tindakan susulan.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline