Tuesday July 18, 2017
11:20 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Lelaki yang menuduh Soffi Jikan mengganggu pasangannya sudah meminta maaf kepada pelakon Kl Gangster itu. — Foto ihsan Instagram/kasisengatsjLelaki yang menuduh Soffi Jikan mengganggu pasangannya sudah meminta maaf kepada pelakon Kl Gangster itu. — Foto ihsan Instagram/kasisengatsj

KUALA LUMPUR, 18 Jun—Seorang lelaki meminta maaf kepada Soffi Jikan kerana menyebarkan tuduhan di media sosial kononnya pelakon itu mengganggu kekasihnya.

Kejadian berlaku minggu lalu ketika pasangan itu menikmati makan malam di sebuah restoran di Jawi, Pulau Pinang, dan lelaki itu ternampak Soffi, 47, sedang memandang sambil melemparkan senyuman kepada pasangannya.

Lelaki itu, dikenali Rayyan Haidar, yang tidak berpuas hati dengan Soffi kemudian memuat naik status di media sosial hingga menjadi tular, lapor mStar Online.

“Assalamualaikum, tujuan sebenar saya ingin memohon maaf kepada abang Sofi Jikan tentang masalah salah faham baru-baru ini,” kata lelaki itu dalam kenyataan seperti yang dikongsi di laman Instagram Sofi.

 

 

“Saya minta maaf secara terbuka di atas kenyataan yang menuduh Sofi Jikan cuba mengganggu pasangan saya sewaktu tengah makan sehingga menjadi viral di laman sosial.”

Soffi pada masa sama turut memuat naik foto lelaki berkenaan bersemuka dengannya dan menghulurkan salam maaf bagi menjernihkan keadaan.

Pelakon filem Zombie Kampung Pisang itu sebelum ini dilapor berang kerana dituduh mengurat wanita terbabit, dan menjelaskan senyuman itu diberi hanya atas dasar melayan peminat.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline