Friday April 21, 2017
4:57 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Jari kiri seorang lelaki dari Pengerang, Johor tersepit di tengah lubang tombol pintu semalam ketika membaikinya. — Foto ihsan Facebook/DTTBJari kiri seorang lelaki dari Pengerang, Johor tersepit di tengah lubang tombol pintu semalam ketika membaikinya. — Foto ihsan Facebook/DTTBKOTA TINGGI, 21 April — Seorang lelaki terpaksa bergegas ke balai bomba bagi mengeluarkan jari kelengkengnya yang tersepit pada tombol pintu.

Lelaki 30 tahun itu, yang tidak dinamakan, mengalami masalah tersebut ketika membaiki tombol tersebut petang semalam, lapor Harian Metro.

Setelah gagal mencabut jarinya, penduduk Taman Bayu Damai, Pengerang itu mendapatkan bantuan balai bomba Bandar Penawar.

Ketua balai Mohd Fadli Ismail berkata anggotanya menggunakan peralatan khas untuk menanggalkan tombol tersebut dalam masa 30 minit.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline