Monday November 6, 2017
8:00 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

JDT meraikan kemenangan merangkul Piala Malaysia di Dataran Bandaraya, Johor Baru, 5 November 2017. — Foto ihsan Facebook/Johor Southern TigersJDT meraikan kemenangan merangkul Piala Malaysia di Dataran Bandaraya, Johor Baru, 5 November 2017. — Foto ihsan Facebook/Johor Southern TigersJOHOR BARU, 6 Nov — Kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) merangkul Piala Malaysia musim ini diraikan oleh lebih 5,000 penyokong yang membanjiri Dataran Bandaraya di sini, malam tadi.

Kebanyakan penyokong dilihat tiba di dataran itu sejak awal petang bagi menyambut kepulangan pemain dan jurulatih skuad Harimau Selatan yang tiba bersama piala berprestij itu dengan menaiki bas khas tanpa bumbung, kira-kira jam 8.30 malam.

JDT menjulang kejuaraan Piala Malaysia selepas mengalahkan juara bertahan Kedah 2-0 pada perlawanan final di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Sebelum itu, pemain, pegawai serta barisan jurulatih JDT diarak dengan bas berkenaan bermula 7.30 malam dari Plaza Tol Skudai, sebaik tiba dari Petaling Jaya, dengan pemilik kelab JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, turut berada dalam bas tersebut.

Bas khas itu kemudian melalui Lebuhraya Skudai-Johor Bahru dan kemudian bergerak ke kawasan hadapan Istana Bukit Serene melalui jalan di tepian Pantai Lido sebelum berakhir di Dataran Bandaraya dengan pertunjukkan bunga api selama 10 minit.

Ketika bercakap pada majlis itu, Tunku Ismail mengucapkan terima kasih atas sokongan pelbagai pihak terhadap kejayaan JDT membawa pulang piala tersebut khususnya, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan kerajaan negeri.

“Saya bersyukur atas kejayaan JDT beberapa tahun ini. Terima kasih kepada penyokong Harimau Selatan yang sentiasa bersama ketika waktu susah dan senang,” katanya, sambil menyifatkan bola sepak sebagai alat perpaduan. 

Tunku Ismail, yang juga presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), berkata fokus beliau bukan hanya terhadap JDT tetapi juga kepada pasukan kebangsaan.

Sementara itu, kapten JDT, Safiq Rahim, yang turut berterima kasih kepada Tunku Ismail dan penyokong, pula berkata Piala Malaysia merupakan piala yang belum diperolehi sepanjang kariernya.

“Rasa macam hendak menangis pun ada,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Kali terakhir Johor menjulang Piala Malaysia adalah pada 1991 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. — Bernama

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline