Monday September 11, 2017
3:29 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Pengarah pendidikan Pulau Pinang Shaari Osman mengingatkan semua menteri besar atau ketua menteri perlu mendapat kebenaran menteri pendidikan sebelum melawat mana-mana sekolah. — Foto oleh Saw Siow FengPengarah pendidikan Pulau Pinang Shaari Osman mengingatkan semua menteri besar atau ketua menteri perlu mendapat kebenaran menteri pendidikan sebelum melawat mana-mana sekolah. — Foto oleh Saw Siow FengGEORGE TOWN, 11 Sept — Seseorang ketua menteri atau menteri besar yang mahu melawat sekolah perlu mendapat kebenaran daripada menteri pendidikan terlebih dahulu, kata pengarah pendidikan Pulau Pinang Shaari Osman.

Beliau berkata perkara itu adalah satu kebiasaan dan turut merangkumi orang awam yang perlu mendapat kebenaran daripada jabatan pendidikan negeri.

“Saya dah beri penjelasan, kalau di peringkat tertinggi nak datang melawat sekolah eloklah mendapat kebenaran daripada menteri pendidikan. Ikut tradisi, kalau di peringkat lebih tinggi perlu dapat kebenaran daripada yang tertinggi (juga).

"Sudah menjadi kebiasaan seperti itu sebab kita nak jaga kepentingan sekolah,” katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kwang Hwa, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan ketua menteri Lim Guan Eng yang mendakwa dihalang daripada melawat sebuah sekolah Cina di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.

Lim yang mahu mengadakan lawatan ke SJKC Kampung Sungai Lembu pada 8 Sept lepas bagi menyerahkan sumbangan cek kepada anggota lembaga pengelola sekolah itu dilaporkan berkata beliau menerima sepucuk surat daripada Jabatan Pendidikan Pulau Pinang yang memaklumkan permohonannnya untuk melawat sekolah berkenaan ditolak dan beliau perlu mendapat kebenaran daripada menteri pendidikan.

Mengulas lanjut, Shaari berkata beliau menganggap perkara itu tidak lagi menjadi isu. — Bernama

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline