Tuesday July 18, 2017
6:16 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Anis Adila Roza Idris yang hilang selama 22 hari dikesan cuba memohon kad pengenalan baru di Pusat Tranformasi Bandar (UTC) Pudu Sentral. — Paparan skrin GoogleAnis Adila Roza Idris yang hilang selama 22 hari dikesan cuba memohon kad pengenalan baru di Pusat Tranformasi Bandar (UTC) Pudu Sentral. — Paparan skrin GoogleKUALA LUMPUR, 18 Julai — Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang hilang sejak 22 hari lalu ditemui cuba membuat kad pengenalan baru.

Anis Adila Roza Idris dikesan berbuat demikian di Pusat Tranformasi Bandar (UTC) Pudu Sentral pada jam 11.45 pagi semalam bersama seorang lelaki berusia 21 tahun yang baru dikenalinya, lapor Utusan Online.

Kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di UTC tersebut menghubungi ibunya mengenai permohonan itu sebelum abang Anis, Muhammad Mahfudz, 30, bergegas ke sana dan meminta polis menahan mereka.

“Selang satu jam kemudian, Anis dan lelaki berkenaan dibawa ke balai polis Banting untuk disiasat. Ketika dijumpai, Anis berada dalam keadaan baik sementara kes ini masih lagi dalam siasatan polis," kata Muhammad Mahfudz.

Beliau percaya adiknya meninggalkan rumah di Taman Desa Jaya, Banting Selangor akibat pengaruh rakan dan media sosial.

Anis dilapor hilang sejak petang 26 Julai lalu tanpa membawa sebarang dokumen pengenalan diri.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline