Thursday October 12, 2017
12:23 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Datuk Seri Najib Razak berucap di perhimpunan agung Umno pada 2016. Beliau dilaporkan berunding dengan PAS untuk pakatan pilihan raya umum nanti. ― Foto Reuters Datuk Seri Najib Razak berucap di perhimpunan agung Umno pada 2016. Beliau dilaporkan berunding dengan PAS untuk pakatan pilihan raya umum nanti. ― Foto Reuters KUALA LUMPUR, 12 Okt — Datuk Seri Najib Razak diberi mandat oleh Umno untuk berunding dengan PAS untuk membentuk pakatan dalam pilihan raya umum.

Ketua penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa mendedahkan usaha presiden parti itu kali pertama kali pernah dicetuskan, lapor Star Online.

“Semuanya nampak positif sekarang dan kami masih meneruskan idea itu,” katanya selepas sesi dialog “Anda Tanya Kita Jawab” di sini semalam. 

“Oleh kerana pilihan raya umum sudah semakin hampir, kami mengambil satu langkah demi langkah.”

Annuar percaya usaha itu bakal membuahkan hasil apabila persepakatan itu disokong oleh orang Melayu yang mahu melihat perpaduan Melayu.

Beliau bagaimanapun tidak menghuraikan bentuk kerjasama antara dua parti itu.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline