Last updated Sunday, December 11, 2016 12:21 am GMT+8

Wednesday October 19, 2016
5:06 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Iklan kad potongan harga KADS1M di portal khidmat tersebut, yang disediakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.Iklan kad potongan harga KADS1M di portal khidmat tersebut, yang disediakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.KUALA LUMPUR, 19 Okt — Indah khabar daripada rupa, indah Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) daripada nikmat potongan harganya.

Beginilah nasib lebih dua juta pelajar yang memegang kad ini, inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Bank Rakyat empat tahun lalu.

Dengan kos sara hidup yang kian meningkat, pelajar menuntut diskaun bagi makanan harian, percetakan dan alat bantuan pembelajaran, namun kad ini tidak dapat memberi kemudahan itu.

Kajian akademik Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati 58.7 peratus pelajar mengharapkan diskaun buku dan alat tulis, makanan harian (50.6 peratus) dan percetakan (35.5 peratus).

Bagaimanapun siasatan Berita Harian mendapati pemegang KADS1M tidak menikmati pengurangan tersebut daripada 400 syarikat yang berdaftar dengan kemudahan tersebut.

Macam-macam alasan dan kerenah terpaksa pelajar tempuhi, antaranya, potongan boleh dinikmati jika memenuhi syarat-syarat tertentu.

Ada syarikat yang menolak kad tersebut dengan alasan ia telah menarik diri daripada skim KADS1M tetapi tidak memaklumkan kepada KPDNKK, lapor akhbar itu lagi.

Ada juga syarikat yang menawarkan diskaun dilaporkan tidak begitu berkaitan dengan keperluan asas mahasiswa, seperti pusat rawatan kecantikan.

Ketika menjalankan tinjauannya, wartawan akhbar itu yang menyamar sebagai pelajar mendapati enam syarikat di sini, walau tersenarai sebagai rakan KADS1M, enggan memberikan diskaun.

Alasan syarikat tersebut termasuklah tiada keistimewaan yang mereka nikmati daripada skim yang diusahakan kementerian atau hanya cawangan tertentu memberikan diskaun.

“Penerimaan atau penolakan KADS1M bergantung kepada budi bicara pemilik perniagaan kerana ia sekadar tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat,” kata pemilik restoran francais.

Sebuah pasar raya di sini hanya menerima kad tersebut untuk barang terpilih sahaja. Pawagam pula menawarkan harga istimewa bagi tayangan sebelum jam 6 petang pada hari bekerja sahaja.

Dalam tinjauan yang sama, kaunter sebuah syarikat bas ekspres menolak kad itu tanpa alasan. Sementara syarikat pengangkutan awam mahu pelajar memohon kad diskaun mereka sahaja.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline