Last updated Wednesday, April 26, 2017 12:04 am GMT+8

Friday March 17, 2017
11:05 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Datuk Seri Nazri Aziz (foto) tidak mewakili kerajaan dan tidak  mengharapkan Umno dalam debatnya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad. ― Foto oleh Choo Choy MayDatuk Seri Nazri Aziz (foto) tidak mewakili kerajaan dan tidak mengharapkan Umno dalam debatnya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad. ― Foto oleh Choo Choy MayIPOH, 17 Mac ― Polis Perak tidak menerima sebarang permohonan rasmi untuk menganjurkan majlis perdebatan antara bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang dirancang minggu depan.

Pemangku ketua polis negeri Datuk Hasnan Hassan berkata setakat ini tiada pihak memohon permit perhimpunan untuk majlis berkenaan yang dilaporkan akan berlangsung pada pukul 3 petang di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar pada 25 Mac ini.

“Sekiranya ia berlangsung tanpa kebenaran polis, maka ia menjadi satu kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, sekolah adalah kawasan larangan mengikut Jadual Pertama Seksyen 3 APA 2012.

Justeru, katanya, polis boleh mengambil tindakan terhadap sesiapa yang menghadiri majlis itu kerana berhimpun di tempat larangan dan tanpa kebenaran di bawah Seksyen 9(5) APA 2012.

Hasnan berkata adalah menjadi tanggungjawab pihak polis untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman penduduk setempat sentiasa berada dalam keadaan aman dan damai.

Menurutnya, pihak polis mengingatkan dan memberi amaran keras kepada orang ramai sekiranya mereka terlibat dalam perhimpunan itu, tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang ada.

Media baru-baru ini melaporkan, Mohamed Nazri, yang juga anggota parlimen Padang Rengas, mengesahkan untuk berdebat dengan Dr Mahathir, pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Dalam laporan itu, Mohamed Nazri berkata beliau akan berdebat mengenai isu berbangkit dalam negara seperti skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) dan  pihaknya tidak meletakkan sebarang syarat atau terma tertentu dalam penganjuran debat itu.

Beliau turut memberi jaminan bahawa perdebatan itu akan berlangsung dalam suasana aman dan harmoni. ― Bernama 

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline