Thursday March 31, 2016
1:18 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Noorzainy Mohd Noor, melaporkan satu lagi kes buli pelajar di Jempol. — Foto paparan skrin GoogleKetua Polis Daerah Jempol, Supt Noorzainy Mohd Noor, melaporkan satu lagi kes buli pelajar di Jempol. — Foto paparan skrin GoogleJEMPOL, 31 Mac — Belum seminggu kes buli murid sekolah dipaksa potong lidah, kali ini pelajar tingkatan satu disebuah sekolah berasrama di sini dilaporkan ditekap perutnya oleh pelajar senior dengan seterika sehingga melecur, berpunca akibat sebuah pisau cukur.

Kejadian pada malam Ahad lalu itu berlaku di sebuah bilik asrama, bermula dengan pertengkaran apabila mangsa dituduh cuba mematahkan pisau cukur milik pelajar senior yang berusia 15 tahun, lapor akhbar Kosmo!.

Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Noorzainy Mohd Noor berkata, berdasarkan laporan polis, pelajar senior menolak mangsa sehingga sikunya terkena seterika panas, disaksikan tiga pelajar lain.

“Mangsa yang kesakitan memaklumkan perkara itu kepada pelajar senior, malangnya dia dianggap menipu. Pelajar senior tersebut kemudiannya mengambil seterika lalu menekap pada perut mangsa sehingga melecur.

“Pihak sekolah yang dimaklumkan mengenai kejadian tersebut telah membawa mangsa mendapatkan rawatan di klinik berhampiran dan dibawa pulang ke asrama selepas mendapatkan rawatan,” katanya dipetik akhbar itu.

Ekoran itu, ibu mangsa membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Jumaat lalu, seorang pelajar darjah dua di sebuah sekolah di Bukit Tinggi, Klang, Selangor dilaporkan dipaksa menggunting lidahnya sendiri sehingga putus selepas diugut oleh lima murid darjah tiga.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline