Monday July 17, 2017
1:38 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Ramasamy mempersoalkan sikap SPRM yang bimbang terhadap keengganan kerajaan negeri menandatangani ikrar itu. — Foto oleh KE OoiRamasamy mempersoalkan sikap SPRM yang bimbang terhadap keengganan kerajaan negeri menandatangani ikrar itu. — Foto oleh KE Ooi

GEORGE TOWN, 17 Julai — Kerajaan negeri Pulau Pinang enggan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah kerana tidak percaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan ketua menteri II berkata Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan yang dipimpin parti pembangkang kurang percaya dengan “menandatangani ikrar kosong”.

“Pulau Pinang khususnya tidak mempercayai SPRM sudah melakukan sedikit usaha bagi menangani rasuah,” kata P Ramasamy dalam satu kenyataan hari ini.

Ramasamy turut mempersoalkan sikap SPRM yang bimbang terhadap keengganan kerajaan negeri menandatangani ikrar itu.

Katanya, SPRM patut memberi jaminan kepada kerajaan negeri untuk bertindak terhadap perasuah tanpa rasa takut dan berat sebelah.

“Malangnya SPRM tidak bebas daripada campur tangan politik dan ia akan berlarutan.

“Sehubungan itu, mengapa Pulau Pinang, Selangor atau Kelantan perlu mengambil serius Ikrar Bebas Rasuah itu,” katanya.

Baca selanjutnya di Malay Mail Online.

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline