Saturday November 11, 2017
5:23 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Seorang pelakon, isteri dan rakannya ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh. ―  Paparan skrin GoogleSeorang pelakon, isteri dan rakannya ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh. ― Paparan skrin GoogleKUALA LUMPUR, 11 Nov ― Seorang pelakon yang mengunci pintu masuk utama Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling di Shah Alam, ditahan.

Suspek ditahan bersama isteri dan seorang rakan ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, pada jam 11 malam tadi, lapor BH Online.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor berkata mereka ditahan mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 kanun sama.

“Mereka disiasat kerana mengurung dan melakukan ugutan jenayah,” kata SAC Fadzil Ahmat.

Ketiga-tiga individu tersebut dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira jam 3 petang tadi.

Khamis lalu pelakon, pengasas NGO kemasyarakatan memuat naik rakaman meluahkan rasa tidak puas hati depan pejabat daerah tersebut kerana gagal menyelesaikan masalah penduduk.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline