Tuesday July 18, 2017
2:09 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Mangga dengan rantai yang digunakan untuk mengunci pintu pagar pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya, 23 Mei 2017. Mangga dengan rantai yang digunakan untuk mengunci pintu pagar pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya, 23 Mei 2017. PUTRAJAYA, 18 Julai — Gara-gara marah pada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan mengunci pagar ibu pejabatnya, seorang aktivis pembangkang diheret ke mahkamah.

Naib ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyebabkan kegusaran awam dengan mengunci pagar pada 23 Mei lalu.

Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin, 30, memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibuat di depan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Ab Rahman, lapor Berita Harian.

Beliau didakwa merantai pagar hadapan pintu utama pejabat SPR di sini sehingga meresahkan penghuni bangunan itu yang perlu menggunakan pintu terbabit.

Kesalahan itu didakwa dilakukan jam 11 pagi pada 23 Mei lalu.

Mohd Shazni dan sekumpulan aktivis pembangkang sebelum itu dilaporkan mendakwa SPR enggan menerima memorandum berhubung Rang Daftar Pemilik Tambahan (RDPT).

Memorandum itu bagi membantah tindakan suruhanjaya itu tidak mengedar RDPT kepada parti politik untuk memudahkan semakan mereka.

Kira-kira 50 anggota sayap itu berkumpul selama sejam di perkarangan Menara SPR menanti pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah turun.

Mohd Shazni didakwa mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan. Jika bersalah, bekas aktivis siswa itu boleh dihukum denda maksimum RM400.

Tertuduh diizin diikat jamin RM800 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan 31 Julai ini untuk sebutan kes.

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline