Monday August 7, 2017
10:14 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Armin Navabi, pengasas Atheist Republic, menjelaskan kumpulan itu diwujudkan untuk saling mengenali dan sokong-menyokong di kalangan ateis. ― Foto ihsan Armin Navabi Armin Navabi, pengasas Atheist Republic, menjelaskan kumpulan itu diwujudkan untuk saling mengenali dan sokong-menyokong di kalangan ateis. ― Foto ihsan Armin Navabi

KUALA LUMPUR, 7 Ogos — Kelab ateis rasa pelik dengan sikap kerajaan yang bercadang bertindak pada kumpulan itu yang bertemu di sini baru-baru ini.

“Tiada kerajaan yang menangkap anggota kami semata-mata kerana mereka bertukar-tukar fikiran,” kata pengasas Atheist Republic hari ini. 

Armin Navabi juga berkata kumpulan itu mempunyai cawangan di setiap negara tetapi tiada negara cuba menghukum mereka. 

“Apa yang mereka buat pada orang lain? Apakah mereka mencederakan orang lain,” kata lelaki kelahiran Iran itu kepada Malay Mail Online. 

Atheist Republic, yang berpangkalan di Vancouver, Kanada, menarik perhatian ramai apabila tersebar foto pertemuan sekumpulan penyokong mereka di sini. 

Foto berkenaan, yang dimuatkan di Facebook kumpulan itu pada 3 Ogos, disebarkan di media sosial mereka yang condong kepada aliran Islam. 

Susulan itu, timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri semalam ingin bertindak pada umat Islam yang terlibat dengan cawangan kumpulan itu. 

“Kerajaan akan memantau dakwaan ini kerana ia satu perkara serius dan membabitkan akidah seseorang umat Islam itu,” kata Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Baca seterusnya di Malay Mail Online.

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline