Friday August 11, 2017
6:36 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

SPRM menahan ketua unit di Rejimen Ke-4 Artileri Diraja (4 RAD) sebuah kem di Seremban yang disyaki membuat tuntutan palsu berjumlah RM457,433.13. — Foto oleh Yusof Mat IsaSPRM menahan ketua unit di Rejimen Ke-4 Artileri Diraja (4 RAD) sebuah kem di Seremban yang disyaki membuat tuntutan palsu berjumlah RM457,433.13. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 11 Ogos — Seorang pegawai tentera berpangkat mejar disyaki membuat tuntutan palsu berjumlah RM457,433.13 menggunakan nama 200 anggota bawah seliaannya.

Suspek bersubahat dengan bekas anggota berpangkat koperal untuk menyedia dokumen elaun perjalanan ke tempat kerja bagi anggota yang tinggal di luar kem.

Sedangkan, mereka tidak berada di kem tersebut kerana terlibat dalam latihan selama beberapa bulan, lapor Harian Metro.

"Dokumen tuntutan palsu itu kemudian diperakui oleh pegawai terbabit dan bayaran tuntutan berjumlah RM457,433.13 dibuat melalui cek tunai menggunakan namanya sendiri," kata sumber.

Tuntutan yang dibuat seorang ketua unit di Rejimen ke-4 Artileri Diraja (4 RAD) sebuah kem di Seremban tahun lalu, tidak diketahui anggota unit tersebut.

Suspek berusia 35 tahun ditahan ketika hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan pada 2.47 petang semalam.

Pegawai itu direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Ramli Ismail mengesahkan penahanan.

Namun, portal itu tidak menyebut nasib rakan subahatnya.

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline