Tuesday June 20, 2017
2:49 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Jaafar Taib tidak terkejut jika harga komik cetakan pertama Gila-Gila dijual lebih RM10,000 kerana nilai sentimentalnya. — Foto ihsan Facebook/Jaafar TaibJaafar Taib tidak terkejut jika harga komik cetakan pertama Gila-Gila dijual lebih RM10,000 kerana nilai sentimentalnya. — Foto ihsan Facebook/Jaafar TaibPETALING JAYA, 20 Jun — Tidak mustahil harga senaskhah komik Gila-Gila terbitan pertama boleh mencecah RM8,000, kata pengarah urusan majalah itu Jaafar Taib.

Katanya, komik itu yang memuncak popular pada 1980-an itu kini dianggap “rare” dan barang bersejarah yang ada nilai sentimental, lapor Harian Metro.

“Komik lain, contohnya, Superman terbitan pertama pada 1938, dijual pada harga RM3 juta.

“Majalah Gila-Gila era 1978 hingga 1990-an dijual dengan harga RM5,000 untuk dua kotak, itu masih belum luar biasa kerana satu naskhah terbitan pertama dijual dengan harga RM8,000 pun boleh berlaku,” katanya.

Bulan lalu, seorang peniaga dalam talian menawarkan dua kotak majalah humor itu — yang masih bertapak hingga kini — pada harga RM4,900.

"Tidak mustahil, tahun demi tahun harga majalah Gila-Gila boleh melebihi RM10,000 untuk naskhah terbitan pertama," kata Jaafar lagi, pelukis dan kartunis terkenal.

Editor Gila-Gila Mohd Affandi Ramli pula berkata naskhah awal yang dijual mahal bukan menghairankan kerana ia sudah menjadi barangan bernilai.

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline