Last updated Friday, December 09, 2016 12:00 am GMT+8

Wednesday November 30, 2016
5:39 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Khairy menyampaikan sajak ‘Melayu Mudah Lupa’ yang diubah suai dan ditujukan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini menyokong pembangkang. ― Foto BernamaKhairy menyampaikan sajak ‘Melayu Mudah Lupa’ yang diubah suai dan ditujukan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini menyokong pembangkang. ― Foto BernamaKUALA LUMPUR, 30 Nov — Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mendendangkan puisi “Melayu Mudah Lupa” yang ditujukan kepada bekas presiden parti Tun Dr Mahathir Mohamad.

Khairy semasa ucapan dasar sayap pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini menyampaikan bait-bait puitis bagi mengingatkan kepada perwakilan tentang sikap bekas pemimpin negara yang kini menyokong pembangkang menentang kerajaan.

Sajak yang diubah suai Menteri Belia dan Sukan itu disambut gemuruh dengan laungan daripada para perwakilan di dalam dewan.

Karya asal nukilan penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pernah dibaca Dr Mahathir sendiri semasa PAU tahun 2001.

Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa

Dulu, Bersih dipertikai

Sekarang, merayu rakyat sertai Bersih

Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa

Dulu Soros dikritik

Sekarang, sertai demo yang dibiayai Soros

Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa

Dulu lempar Anwar pelbagai tuduhan

Sekarang bersalaman bertukar senyuman, entah jujur atau tidak

Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa

Dulu, bila ditanya pasal reformasi

Sekarang mengejar tepukan di pentas lawan

Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa

Dulu Mat Sabu dicaci dihina

Sekarang teman bergelak ketawa

Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa

Dulu konon pejuang bangsa

Sekarang seganding musuh bangsa

Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa

Dulu pertikai kewujudan Keadilan

Sekarang, mesra dengan kepimpinannya, siap sahut Bebas Anwar

Melayu mudah lupa, Melayu Mudah lupa

Dulu, musuh dipersoal

Kini semeja, mengejar kuasa

Melayu mudah Lupa, Melayu mudah lupa.

Wahai Tun, kami di dewan ini juga ingin berpuisi

Bahawasanya Melayu di dalam dewan ini bukan sepertimana yang disebut oleh Tun

Bahawasanya Melayu di dalam dewan ini tak mudah lupa

Melayu dalam dewan ini hormat pengorbanan Tun

Melayu dalam dewan ini ingat sumbangan Tun

Juga ingat solidariti parti mempertahankan Tun.

Tetapi Melayu di dalam dewan ini juga ingat hipokrasi Tun

Juga ingat diktatorship Tun

Juga ingat kepincangan Tun

Juga ingat penyelewengan di zaman Tun

Juga ingat semua pemimpin yang dihina oleh Tun.

Dan yang akan kami paling ingat

Yang Melayu dalam dewan ini akan sentiasa beringat

Adalah pengkhianatan Tun kepada perjuangan parti ini

Keghairahan Tun tubuh parti untuk melawan kami

Kesanggupan Tun menghina parti keramat ini

Kerakusan Tun membunuh parti Umno ini.

Jasa Tun akan sentiasa kami kenang,

Tetapi pengkhianatan Tun, pembelotan Tun, akan bermati-matian kami tentang.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline