Last updated Thursday, December 08, 2016 9:57 am GMT+8

Wednesday November 30, 2016
10:44 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Chong Wei pernah menyatakan sistem kiraan 11 mata itu bakal memberi kelebihan buat pemain-pemain untuk mengawal gelanggang. — Foto ReutersChong Wei pernah menyatakan sistem kiraan 11 mata itu bakal memberi kelebihan buat pemain-pemain untuk mengawal gelanggang. — Foto ReutersKUALA LUMPUR, 30 Nov — Kiraan mata dalam permainan badminton akan dikurangkan bagi memberi ruang kepada pemain mengekalkan tahap kecergasan, kata Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Presidennya, Poul-Erik Hoyer Larsen berkata, sistem kiraan yang ketika ini menggunakan 21 mata akan dipendekkan kepada 11 mata, lapor portal Kosmo! Online.

Katanya, ia bertujuan mahu menjadikan sukan itu lebih tangkas serta corak permainan lebih pantas.

“Sebenarnya, pemain perlu lebih cergas dan pantas di atas gelanggang sekiranya sistem ini dilaksanakan. Ia juga memerlukan kekuatan mental yang tinggi, lebih-lebih lagi apabila beraksi (merebut) mata penentuan,” katanya seperti dilaporkan.

Bagaimanapun, beliau menyangkal dakwaan bahawa sistem yang akan diperkenal itu akan membawa kelebihan kepada pemain berusia seperti Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan dari China untuk beraksi kerana boleh mengekalkan kecergasan.

Chong Wei sebelum ini pernah menyatakan sistem kiraan 11 mata itu bakal memberi kelebihan buat pemain-pemain yang berkemahiran untuk mengawal gelanggang.  

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline