Tuesday July 18, 2017
5:46 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Foto imej sinar X yang menunjukkan objek kerongsang terlekat pada saluran penghadaman di bahagian dada seorang bayi 10 bulan yang kini dirawat di HKL.Foto imej sinar X yang menunjukkan objek kerongsang terlekat pada saluran penghadaman di bahagian dada seorang bayi 10 bulan yang kini dirawat di HKL.KUALA LUMPUR, 18 Julai — Malang memang tidak berbau. Kerongsang yang menghiasi seorang wanita ditelan bayinya yang baru berusia 10 bulan.

Kerongsang yang dikatakan terletak di bahu wanita itu terbuka pin ketika mendukung anak lelakinya itu dan ditelan sehingga paras dada. 

Foto-foto kerongsang yang telah berjaya dikeluarkan dari badan anaknya, imej sinar X dan kanak-kanak itu yang sedang dirawat kini sedang menular di media sosial.

Seorang jurucakap Hospital Kuala Lumpur memberitahu ProjekMMO petang ini bahawa bayi itu masih berada di unit rawatan rapi (ICU).

Walau tidak mendedahkan butiran lanjut, sumber mengesahkan bayi itu selamat.

“Saya mengesahkan perkara itu berlaku dan sekarang budak itu berada di wad ICU Hospital Kuala Lumpur,” katanya.

Sumber juga mengesahkan imej sinar X yang dijalankan pada 14 Julai lalu seperti tersebar di media sosial itu milik mangsa.

Tiada maklumat lanjut diperolehi, setakat ini, bagaimana kejadian berlaku.

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline