Last updated Thursday, February 23, 2017 1:12 pm GMT+8

Wednesday January 11, 2017
8:43 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) membuat pemeriksaan pada 11 pagi tadi. — Paparan skrin GoogleJabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) membuat pemeriksaan pada 11 pagi tadi. — Paparan skrin GoogleNIBONG TEBAL, 11 Jan — Sebuah kilang memproses dan membungkus ayam di Kampung Changkat Dain, Jawi di sini dikesan menggunakan logo halal palsu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Perkara itu dikesan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang bersama Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) yang membuat pemeriksaan di kilang itu pada pukul 11 pagi ini.

“Kami menemui 50 ekor ayam yang telah diproses dan dibungkus dengan menggunakan plastik tertera logo Halal Jakim yang palsu serta lebih 400 ekor ayam yang belum dibungkus.

Turut ditemui ialah 2,000 bungkusan tauhu Jepun yang menggunakan logo halal swasta yang tidak diiktiraf,” kata Timbalan Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Pulau Pinang Md Nasir Mohamad.

Md Nasir berkata hasil semakan mendapati kilang itu tidak pernah memperoleh sijil halal dari Jakim untuk membungkus dan mengedarkan ayam di pasaran dan pihaknya telah merekod keterangan pemilik kilang itu yang berusia 50-an.

Beliau berkata hasil siasatan juga mendapati syarikat yang beroperasi sejak dua tahun itu mengedar ayam-ayam diproses ke pasar raya dan pasar mini di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. — Bernama

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline