Friday October 13, 2017
1:17 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Tan Sri Khalid Ibrahim disebut-sebut akan membantu tiga lagi bekas menteri besar merampas Selangor daripada Pakatan Harapan. — Foto oleh Yusof Mat IsaTan Sri Khalid Ibrahim disebut-sebut akan membantu tiga lagi bekas menteri besar merampas Selangor daripada Pakatan Harapan. — Foto oleh Yusof Mat IsaPETALING JAYA, 13 Okt — Tan Sri Khalid Ibrahim sedia membantu Barisan Nasional merampas Selangor daripada Pakatan Harapan, dakwa Tan Sri Abu Hassan Omar.

Bekas menteri besar Selangor itu mengetahui niat Khalid itu melalui beberapa “sumber rapat” dengan bekas ahli korporat tersebut, lapor Malaysiakini.

Abu Hassan berkata empat bekas menteri negeri itu bakal bergandingan bagi merampas negeri itu pada pilihan raya nanti.

“Memang Khalid bersedia untuk berbuat demikian (bantu kempen BN),” katanya, ketua Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Selangor.

Selain mereka berdua, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan Dr Mohamad Khir Toyo juga dijangka membantu kempen di negeri tersebut.

Namun pembantu Khalid, Faekah Hussien, pula enggan mengulas dakwaan Abu Hassan. Sementara Khalid akan umumkan pendiriannya pada 15 Oktober ini.

Ditemubual portal itu, Abu Hassan juga berharap PAS bakal menjadi 'silent partner' BN demi kepentingan politik Melayu walaupun mereka berbeza agenda.

“Tapi kita berharaplah kepada Melayu demi (survival) sebab bukan Melayu cara dah lain sikit,” kata Abu Hassan.

“Kita haraplah PAS ini akan bekerjasama tapi bukan secara terbuka tapi lebih kepada 'silent partner'.”

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline